Abstract
Laporan ini secara ringkasnya menerangkan tentang sistem pemasangan paip pembentungan jenis paip High Density Polyethylene (HOPE) dan perkara-perkara yang terlibat semasa pemasangan paip jenis ini. la dihasilkan daripada pengamatan dan pengalaman penulis sepanjang menjalani latihan amali salama enam bulan. Laporan ini terbahagi daripada beberapa bahagian yang dimulakan dengan maklumat berkaitan syarikat dan projek pembinaan. la menerangkan tentang syarikat kontraktor iaitu Syarikat Layang Jaya dan FN Communication Sdn. Bhd. dan projek pembinaan yang sedang dilakukan iaitu projek pembinaan menyiapkan rumah berkembar kos rendah dan kos sederhana yang merupakan pengambil alihan projek terbengkalai. Hasil pemerhatian penulis didapati bahawa pemasangan paip pembentungan ini memerlukan pemerhatian yang serius untuk mengelakkan daripada berlaku masalah kerana ia akan melibatkan banyak pihak. Laporan ini menerangkan secara ringkas mengenai kajian teoritikal yang berkaitan dengan sistem pemasangan paip pembentungan. Penerangan mengenai pemasangan paip betung ini juga dibuat melalui pengamatan penulis sendiri di tapak bina. Beberapa masalah juga telah dikenalpasti semasa proses pembinaannya dan langkah mengatasi masalah turut diterangkan dalam laporan ini. Untuk mendapatkan gambaran dengan lebih jelas, penulis menyertakan gambar foto untuk penilaian atau kefahaman pembaca. Kesimpulannya, penulis berharap agar usaha penulis menghasilkan laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci kepada para pembaca mengenai kaedah pemasangan paip pembentungan jenis HOPE secara praktikal.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ehwan, Siti Hodijah 2003125870 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Zaharuddin, Wan Akmal Zahari UNSPECIFIED Thesis advisor Yahaya, Noor Azam UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Plumbing and pipefitting |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | pemasangan paip sistem pembentungan, tapak binaan, High Density Polyethylene (HDPE) |
Date: | 2006 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81117 |