Abstract
Laporan ini menerangkan ringkasan kepada proses dan kaedah yang terlibat dalam kerjakerja penanaman cerucuk. Penghasilan ini terhasil daripada lima bulan pengalaman berada di tapak projek pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan latarbelakang syarikat dan latar belakang projek pembinaan. Penanaman cerucuk memerlukan pembekalan yang mencukupi yang melibatkan kos yang amat tinggi. Di dalam laporan ini, diterangkan secara ringkas mengenai cerucuk-cerucuk yang digunapakai dalam industri pembinaan Malaysia. Selanjutnya, diterangkan dengan lebih mendalam mengenai cerucuk yang digunakan di tapak binaan serta kaedah yang dijalankan. Semasa proses penanaman cerucuk dijalankan terdapat beberapa masalah yang telah dihadapi dan laporan ini disudahi dengan beberapa cadangan yang dirasakan dapat menyelesaikan masalah yang dikenalpasti. Konklusinya, laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai proses penanaman cerucuk secara praktikal kepada pembaca.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Harun, Ros Hidayu 2010813162 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Ahmad, Hayroman UNSPECIFIED Thesis advisor Yahaya, Noor Azam UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Building fittings and their installation |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | perlantakan cerucuk konkrit bertetulang, masjid, proses dan kaedah |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81115 |