Abstract
Histologi merupakan kaedah yang dijalankan di makmal untuk melihat sel secara mikroskopik. Seni melihat sel secara halus ini dijalankan di makmal bagi tujuan pengajaran dan penyelidikan. Ianya juga merupakan salah satu parameter yang kebiasaannya dijalankan di dalam sesuatu penyelidikan kerana kaedahnya yang mudah dan ringkas. Setiap anatomi sel haiwan dan tumbuhan mempunyai kepelbagaian dan fungsi tertentu seperti ciri-ciri sel dan saiznya. Dengan mempelajari ilmu histologi, kita dapat mengkaji sel dan tisu di bawah mikroskop dengan lebih jelas dan mudah difahami (Gambarajah 1a). Terdapat beberapa prosedur histologi yang mudah dipelajari, antaranya proses grossing, fixation, pembenaman blok tisu paraffin, pemotongan dan pemancingan serta pewarnaan tisu. Setiap penyediaan spesimen histologi perlu mengikut prosedur histologi yang ditetapkan seperti ukuran saiz tisu dan bahan kimia tertentu yang digunakan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Nayan, Noor Azlina UNSPECIFIED Togeman, Juriah UNSPECIFIED Zulfikri, Nurul Illiya Zafirah UNSPECIFIED Adib Ridzuan, Nurul Raudzah UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > PN Literature (General) > Collections of general literature |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Keywords: | Histologi, kimia, anatomi sel, blok tisu paraffin |
Date: | June 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81090 |