Abstract
Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai proses pemasangan kemasan bagi 1 unit rumah banglo 2 tingkat dipetak 1-6, PT 3244-PT3253, Seksyen 69 Mukim Guntong, Daerah Limbat, Jajahan Kota Bharu, Kelantan. Ia dihasilkan berpandukan kepada pengalaman selama 5 bulan penulis ditempatkan di syarikat Binaraya Pkink Sdn. Bhd. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan latar belakang syarikat dan latar belakang projek pembinaan. Hasil pemerhatian mendapati pemasangan kemasan yang digunakan pada rumah banglo 2 tingkat itu tidak semudah yang disangkakan. Ia melibatkan banyak pihak dan proses pembinaan yang dibuat sangat rumit dan perlu mengambil langkah berhati-hati. Di dalam laporan ini, diterangkan secara lebih mendalam tentang jenis-jenis kemasan yang telah dibuat dan cara pemasangan yang terlibat dan diguna pakai dalam pemasangan kemasan pada rumah tersebut. Semasa proses pembinaan sedang dijalankan, beberapa masalah yang berkaitan dengan kaedah pemasangan telah dikenalpasti dan laporan ini disudahi dengan beberapa cadangan yang dirasakan dapat menyelesaikan masalah yang dikenalpasti. Kesimpulanya, laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci tentang jenis dan kaedah pemasangan kemasan pada rumah tersebut secara praktikal.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ibrahim, Nor Diana 2010233134 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Abd Rashid, Mohd Najib UNSPECIFIED Thesis advisor Abdul Halim, Zulfikli UNSPECIFIED Thesis advisor Ahmad, Hayroman UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > House construction |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | proses pemasangan kemasan, unit rumah banglo |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/81041 |