Abstract
Transkrip ini mengandungi temubual bersama saudara Mohd Sayuti Omar Bin Omar mengenai pengalaman beliau sebagai penulis buku dan penganalisa politik negara dari tahun 1980 sehingga sekarang. Secara ringkasnya, saudara Mohd Sayuti Bin Omar merupakan salah seorang penulis buku politik yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam setiap peristiwa pahit, manis, suka dan duka perjalanan politik negara. Menurut saudara Mohd Sayuti Bin Omar, beliau sudah berkecimpung dalam dunia penulisan seawal usia 12 tahun. Beliau juga merupakan antara penulis politik Malaysia berprofilik yang pendirian dan sikap politiknya sukar ditelah. Kebebasannya dalam menulis tanpa menzahirkan sokongan tegar kepada mana-mana parti politik menyebabkan tulisannya dinanti-nantikan oleh semua pihak baik parti kerajaan mahupun pihak pembangkang. Sehingga kini beliau telah berjaya melahirkan lebih 40 buah buku politik. Antara buku beliau yang popular adalah "Sumpah dan Airmata: Reformis Bangsa' dan 'Anwar Come Back'. Beliau juga pernah mengendalikan akhbar Siasah sebagai Ketua Pengarang dari tahun 2004 hingga 2011.
Metadata
Item Type: | Oral History |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Puad, Muhammad Faezuddin 2012445492 Kamari, Muhd Fakhruddin 2012231652 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Kamarudin, Hanis Diyana UNSPECIFIED Interviewee Omar, Mohd Sayuti UNSPECIFIED |
Subjects: | D History General and Old World > D History (General) > Methodology. Relation to other sciences > Oral history D History General and Old World > DS History of Asia > Southeast Asia > Malays (Asian people) J Political Science > JA Political science (General) > Political science > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus > Faculty of Information Management |
Keywords: | Penulis, politik, tulisan, temubual, PUSASDA, reformasi, bersih, pengalaman and wawancara |
Date: | 2014 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80886 |