Pembasmian serangga perosak dalam industri pembinaan (anti-termite) / Mohd Huzairi Salgiman

Salgiman, Mohd Huzairi (2010) Pembasmian serangga perosak dalam industri pembinaan (anti-termite) / Mohd Huzairi Salgiman. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan tentang keseluruhan proses dan kaedah yang terlibat dalam pembasmian anai-anai dalam industri pembinaan. Ia dihasilkan berdasarkan pengamatan dan kajian yang dilakukan selama enam bulan ditempatkan di tapak projek pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bab dan dimulakan dengan huraian latar belakang syarikat. Syarikat Bandi Bina Sdn. Bhd. diasaskan oleh Hj. Bandi bin Gomri pada tahun 1971 yang bermula dengan lesen kelas F. Kini syarikat ini diambil alih anak beliau iaitu En. Latif bin Hj. Bandi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM}. Selama lebih 35 tahun Bandi Bina Sdn. Bhd. kini selesa memacu bidang pembinaan negara berlandaskan lesen kelas A. Hasil daripada pemerhatian dan kajian yang dibuat, mendapati bahawa pembasmian anai-anai merupakan salah satu elemen yang terpenting dalam pembinaan sesebuah bangunan. Di dalam laporan ini diterangkan juga tentang kajian teoritikal yang diambil dari maklumat­-maklumat dan bahan-bahan sekunder. Laporan ini juga menerangkan tentang faktor-faktor pemilihan rawatan pembasmian yang sesuai berdasarkan kepada keadaan bangunan. Keperluan-keperluan seperti alatan dan racun sehinggalah kepada aspek-­aspek keselamatan juga diterangkan di dalam laporan ini. Di akhir laporan ini diterangkan tentang masalah yang timbul semasa kerja-kerja pembasmian dilakukan dan langkah serta cadangan bagi mengatasi masalah tersebut. Sebagai kesimpulannya diharapkan para pembaca dapat menimba ilmu baru tentang pambasmian anai-anai dalam industri pembinaan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 80502.pdf]
Text
80502.pdf
Download (21MB)
Indexing & Metrics