Abstract
Laporan ini secara ringkasnya menerangkan tentang keseluruhan proses dan kaedah yang terlibat dalam pembasmian anai-anai dalam industri pembinaan. Ia dihasilkan berdasarkan pengamatan dan kajian yang dilakukan selama enam bulan ditempatkan di tapak projek pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bab dan dimulakan dengan huraian latar belakang syarikat. Syarikat Bandi Bina Sdn. Bhd. diasaskan oleh Hj. Bandi bin Gomri pada tahun 1971 yang bermula dengan lesen kelas F. Kini syarikat ini diambil alih anak beliau iaitu En. Latif bin Hj. Bandi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM}. Selama lebih 35 tahun Bandi Bina Sdn. Bhd. kini selesa memacu bidang pembinaan negara berlandaskan lesen kelas A. Hasil daripada pemerhatian dan kajian yang dibuat, mendapati bahawa pembasmian anai-anai merupakan salah satu elemen yang terpenting dalam pembinaan sesebuah bangunan. Di dalam laporan ini diterangkan juga tentang kajian teoritikal yang diambil dari maklumat-maklumat dan bahan-bahan sekunder. Laporan ini juga menerangkan tentang faktor-faktor pemilihan rawatan pembasmian yang sesuai berdasarkan kepada keadaan bangunan. Keperluan-keperluan seperti alatan dan racun sehinggalah kepada aspek-aspek keselamatan juga diterangkan di dalam laporan ini. Di akhir laporan ini diterangkan tentang masalah yang timbul semasa kerja-kerja pembasmian dilakukan dan langkah serta cadangan bagi mengatasi masalah tersebut. Sebagai kesimpulannya diharapkan para pembaca dapat menimba ilmu baru tentang pambasmian anai-anai dalam industri pembinaan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Salgiman, Mohd Huzairi 2007105535 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Jamil, Siti Jamiah Tun UNSPECIFIED Thesis advisor Ramli, Mohd Haiqal UNSPECIFIED Thesis advisor Husin, Azamuddin UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Management of the construction site. Superintendence of building construction |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Keywords: | pembasmian serangga perosak, industri pembinaan, proses dan kaedah |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80502 |