Kaedah pemasangan penghawa dingin / Mohd Safwan Saari

Saari, Mohd Safwan (2008) Kaedah pemasangan penghawa dingin / Mohd Safwan Saari. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)

Abstract

Kaedah pemasangan penghawa dingin merupakan elemen penting untuk menentukan sama ada berfungsi atau tidak sesuatu penghawa dingin. Kaedah pemasangannya melibatkan beberapa peringkat iaitu dari peringkat pemilihan sehingga ia siap dipasang pada bangunan. Melalui proses pemilihan, jenis penghawa dingin yang sesuai pada bangunan perlu dikaji dengan teliti bagi mengelakkan berlakunya masalah di masa hadapan mahupun semasa pemasangannya. Kaedah pemasangannya memerlukan pekerja yang mahir kerana pemasangannya adalah rumit dan melibatkan kos yang tinggi. lni juga kerana ia melibatkan penggunaan komponen yang kompleks dan memerlukan perancangan yang teliti semasa pemasangannya. Kesilapan dalam pemasangan siting dan sistem paip pencegah kebakaran akan mempengaruhi pemasangan penghawa dingin kerana ia berkaitan antara satu sama lain dari segi penggunaan ruang. Sekiranya pemasangannya melibatkan sistem penghawa dingin berskala besar, ia melibatkan beberapa pihak dan pemasangannya dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu bahagian pemasangan unit penghawa dingin, bahagian pemasangan salur udara dan bahagian pemasangan kemasan penghawa dingin seperti pemasangan pembaur pada siting.

Metadata

Item Type: Monograph (Industrial Training)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Saari, Mohd Safwan
2005195467
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Wan Ali, Wan Nordiana
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Othman, Mohammad Hamdan
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Husin, Azamuddin
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Heating and ventilation. Air conditioning
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Keywords: kaedah pemasangan, penghawa dingin, komponen
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/80499
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 80499.pdf] Text
80499.pdf

Download (23MB)

ID Number

80499

Indexing

Statistic

Statistic details