Pengurusan buruh di tapak bina / Noraida Abdullah

Abdullah, Noraida (2009) Pengurusan buruh di tapak bina / Noraida Abdullah. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai pengurusan buruh di tapak bina. Laporan latihan praktikal ini dihasilkan berpandukan kepada pengalaman yang telah diperolehi selama 6 bulan menjalani latihan praktikal di Syarikat Permata Timur Resources Sdn. Bhd. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan latar belakang syarikat serta latar belakang projek pembinaan. Jenis pembinaan yang dijalankan ialah pembinaan bangunan tambahan di Sekolah Kebangsaan Telaga Ara. Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk memahami kerja-kerja sebenar yang berlaku di tapak pembinaan di mana pengurusan buruh menjadi pilihan utama untuk dibincangkan di dalam laporan ini. Di dalam laporan ini ada menerangkan secara ringkas mengenai definisi pengurusan buruh di tapak bina dan diikuti dengan pengelasan buruh di tapak bina. Kemudian diterangkan bagaimana cara-cara pengendalian dan pengambilan buruh di tapak bina yang merangkumi aspek-aspek keselamatan di tapak bina, kebajikan buruh dan sebagainya. Di dalam laporan ini juga dinyatakan masalah-masalah serta cadangan untuk mengatasi masalah pengurusan buruh di tapak bina. Laporan ini juga mengandungi gambarfoto, jadual, lampiran serta gambarajah untuk memudahkan pemahaman berkaitan dengan topik laporan ini. Kesimpulannya, diharapkan laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai pengurusan buruh di tapak bina secara praktikalnya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 80470.pdf]
Text
80470.pdf
Download (33MB)
Indexing & Metrics