Abstract
Al-Quran adalah keajaiban dari Allah SWT yang amat bernilai kepada manusia dari segi bahasa, sejarah, dan peradaban, serta nilai-nilai yang boleh diperoleh daripada kandungannya. Terdapat usaha berterusan yang dijalankan secara tidak formal melalui kelas pembelajaran tarannum yang dikendalikan oleh guru-guru pendidikan Islam. Justeru, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji amalan pengajaran ilmu tarannum dalam kalangan guru pendidikan Islam di sekolah rendah. Kajian kuantitatif ini menggunakan instrumen soal selidik dan melibatkan 62 orang guru-guru pendidikan Islam daripada 24 buah sekolah rendah di dalam Daerah Perak Tengah. Kajian ini menumpukan perhatian kepada
amalan pengajaran ilmu tarannum berdasarkan model pengajaran yang dicadangkan oleh al-Qabisi. Tahap amalan pengajaran ilmu tarannum dalam kalangan guru pendidikan Islam di sekolah rendah pula dianalisa secara statistik deskriftif menggunakan skor min dan statistik inferensi varians (ANOVA). Secara keseluruhannya, dapatan menunjukkan bahawa amalan pengajaran ilmu tarannum dalam kalangan guru pendidikan Islam adalah pada tahap yang tinggi. Semua faktor amalan pengajaran ilmu tarannum dalam kalangan guru pendidikan Islam di sekolah rendah yang merangkumi matlamat pengajaran, objektif pengajaran, kaedah pengajaran, teknik pengajaran, alat bantu pengajaran dan penilaian pengajaran mencatatkan tahap yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap amalan pengajaran ilmu tarannum dalam kalangan guru pendidikan Islam di sekolah rendah berdasarkan pengalaman mengajar. Kajian ini juga mengesahkan model amalan pengajaran al-Quran yang diperkenalkan oleh al-Qabisi sebagai asas kepada pengukuhan amalan pengajaran ilmu tarannum bagi guru-guru pendidikan Islam di sekolah rendah.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kamarudin, Noor Hafzam hafzamkamarudin@gmail.com Abdul Razak, Khadijah khadijah.razak@ukm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Study and teaching. Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Art and Design |
Journal or Publication Title: | Idealogy Journal |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Idealogy Journal (IdJ) |
ISSN: | 2550-214X |
Volume: | 8 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 1-12 |
Keywords: | Al- Quran; Tarannum; Guru Pendidikan Islam; Sekolah Rendah; Pengalaman Mengajar; Al-Qabisi |
Date: | April 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/79768 |