Abstract
Kajian berkaitan komunikasi keluarga telah berkembang lebih dari 30 tahun yang lalu. McLeod dan Chaffee adalah penyelidik yang membangunkan instrumen pola komunikasi keluarga pada tahun 1972. Ritchie dan Fitzpatrick telah menyemak semula instrumen tersebut pada tahun 1990 dan menamakannya sebagai Revised Family Communication Patterns (RFCP). Sebenarnya RFCP adalah lanjutan dari Family Communication Patterns (FCP) apabila item-item ditambah bagi mengukur pola komunikasi dalam keluarga. Walaupun instrumen ini sering digunakan berkali-kali oleh para penyelidik tempatan mahupun luar negara, namun adalah penting untuk menguji instrumen ini pada lokasi dan responden yang berlainan. Kajian ini bertujuan melihat kesahan dan kebolehpercayaan instrumen RFCP dengan menggunakan analisis Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) dan Analisis Faktor Pengesahan (AFP). Dapatan kajian menunjukkan faktor RFCP adalah sesuai dikaji bagi menentukan pola komunikasi keluarga. Beberapa item juga telah dikenalpasti berkualiti bagi mengukur faktor tersebut.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abu Bakar, Aziyah aziyahphd137@gmail.com Afthanorhan, Asyraf UNSPECIFIED Ibrahim, Mohd Nazri UNSPECIFIED Ridzuan, Abd Rauf UNSPECIFIED Abdul Latiff, Dzaa Imma dzaa17@uitm.edu.my |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Communication and Media Studies |
Journal or Publication Title: | Forum Komunikasi |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Forum Komunikasi (FK) |
ISSN: | 0127-8991 |
Volume: | 11 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 39-64 |
Keywords: | Komunikasi Keluarga, Instrumen Pola Komunikasi Keluarga (FCP), Revised Family Communication Patterns (RFCP), analisis SPSS, analisis CFA |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/7943 |