Abstract
Kisah Nabi Yusuf AS yang berkaitan dengan perbelanjaan bagi sebuah negara yang disebutkan di dalam al-Qur'an merupakan satu ajaran yang mesti dipatuhi oleh mana-mana pemimpin negara bagi memastikan hasil negara dapat dibelanjakan dan diagihkan dengan sempurna kepada rakyat. Perbelanjaan yang tidak betul atau yang berlawanan dengan apa yang termaktub di dalam al-Qur'an pasti akan memberi kesan yang tidak diingini. Kaedah kajian secara kualitatif digunakan iaitu dengan melakukan analisis kandungan terhadap kajian-kajian lepas. Kajian ini merupakan satu usaha untuk membongkar rahsia penceritaan al-Qur'an mengenai satu teori perbelanjaan yang mampu membawa kemakmuran ekonomi bagi sebuah negara walaupun negara berada di tahap kegawatan selama tujuh tahun. Kaedah yang diambil berdasarkan kepada apa yang dipraktikkan oleh Nabi Yusuf AS ini dapat dijadikan panduan dalam menyelesaikan masalah perbelanjaan bagi negara-negara yang berdepan dengan masalah kewangan yang tidak mencukupi. Hasil kajian ini akan memberitahu mengenai apa yang akan berlaku jika perbelanjaan sesebuah negara itu tidak mengikut kaedah yang dipraktikkan oleh Nabi Yusuf AS seperti mana yang disebutkan di dalam al-Qur'an.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Jaafar, Abu Bakar drabubakar@pahang.uitm.edu.my Budin, Aiza aiza_budin@pahang.uitm.edu.my Wan Ahmad, Wan Azmi wanazmi@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Qurʼan. Koran H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Leadership. Transformational leadership |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2016 |
Event Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam |
Event Dates: | 30 November 2016 |
Page Range: | pp. 433-438 |
Keywords: | Hasil negara, kemakmuran ekonomi, perbelanjaan negara |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78913 |