Abstract
Kesedaran untuk berwakaf dan kesanggupan untuk berwakaf adalah sangat penting dalam mengekalkan keutuhan dan kelestarian institusi wakaf dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi sesebuah negara. Bahkan, institusi wakaf telah mengambil langkah proaktif untuk mempromosikan budaya wakaf dalam meningkatkan kesedaran dan penyertaan orang ramai untuk berwakaf. Namun, tahap kesedaran dan kesanggupan seseorang untuk berwakaf masih lagi rendah di Malaysia jika dibandingkan dengan negara negara seperti Timur Tengah dan Barat. Sejajar dengan kemajuan teknologi lCT yang dikecapi sekarang ini, istilah crowdfunding (pendanaan orang ramai) telah lama dipraktikkan di negara-negara Eropah dan mendapat sambutan yang baik dan menggalakkan daripada orang ramai, pemilik perniagaan, pelabur pelabur dan lain-lain dalam merealisasikan suatu projek menjadi kenyataan. Crowdfunding merupakan satu praktis pembiayaan dan perkongsian wang di dalam merealisasikan projek-projek tertentu seperti pembangunan sekolah, masjid, universiti, tempat berehat dan sebagainya, yang disumbangkan oleh individu-individu atau syarikat-syarikat di mana konsep crowdfunding ini adalah sama seperti berwakaf. Kajian ini akan membincangkan konsep berkaitan wakaf, perkaitan di antara wakaf dan crowdfunding, kelebihan-kelebihan berwakaf menurut perspektif Islam dan bagaimana ianya dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md. Raus, Mohd. Ikhsan mohdikhsan@pahang.uitm.edu.my Supian, Suzaini Harmiruslin harrniruslin@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Waqf. Awqāf. Charities. Endowments > Malaysia |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2016 |
Event Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam |
Event Dates: | 30 November 2016 |
Page Range: | pp. 422-432 |
Keywords: | Crowdfunding, ekonomi, fungsi wakaf, wakaf, wakaf pembangunan |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78910 |