Abstract
Pembelajaran abad 21 memerlukan pendidik menggunakan pendekatan pengajaran mengikut keperluan pelajar agar matlamat pembelajaran tercapai. Namun hakikatnya, kaedah pengajaran dalam kursus-kursus di universiti masih bersifat tradisional, berasaskan kuliah, dan kurang pengintegrasian lCT. Fenomena sedemikian menurunkan motivasi pelajar untuk belajar sekaligus menyukarkan pendidik dalam menyampaikan ilmu mahupun da 'wah dalam membentuk tingkahlaku positif kepada pelajar. Kertas kerja ini bertujuan menganalisis elemen da 'wah dalam pembelajaran berasaskan strategi Blended Learning. Kaedah kajian secara kualitatif digunakan dengan melakukan analisis kandungan terhadap kajian-kajian lepas. Hasil kajian mendapati strategi Blended Learning dapat memudahkan pendidik menyampaikan ilmu secara luwes dan mengandungi elemen da 'wah secara tidak langsung yang bersesuaian dengan keperluan pelajar generasi digital. Di samping itu peluang pembelajaran yang fleksibel memberi ruang tambah kepada pendidik untuk menerap nilai tingkahlaku positif yang tidak hanya berfokus kepada silibus pembelajaran. Dapatan kajian menyumbang kepada praktik dan amalan pembelajaran berasaskan
strategi BL dalam pembelajaran di universiti bagi meneruskan kelestarian kursus yang ditawarkan.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Burhan, Norhapizah nrizahuia@gmail.com Mohamed, Asjad asjad@pahang.uitm.edu.my Che Hassan, Nurul Hidayah nurulhidayah@pahang.uitm.edu.my Othman, Muhammad Muzakkir ziekir@yahoo.com Mohamad, Zulkefli zulke999@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Blended learning. Computer assisted instruction. Programmed instruction L Education > LB Theory and practice of education > Learning. Learning strategies > Motivation in education. Interest. Attention |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2016 |
Event Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam |
Event Dates: | 30 November 2016 |
Page Range: | pp. 405-414 |
Keywords: | Blended learning, da'wah, pembelajaran |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78906 |