Abstract
Kontena merupakan suatu alat pengangkutan yang berbentuk segiempat tepat dan di buat daripada aluminium ataupun bahan yang tahan lasak. Ia digunakan untuk menghantar barang ataupun prodak samaada untuk tujuan ekspprt ataupun import. Bahan yang dipilih untuk membuat kontena ini mesti dapat menahan hentakan ataupun kerosakan semasa ia beroperasi. Setiap tepi penjuru kontena perlu di patri supaya ia tidak terbuka ataupun merekah. Bahagian dalam kontena ini dilapik dengan alat tambahan supaya ia menahan hentakan yang kuat kepada bahan yang dibawa. Ia merupakan suatu sistem pengangkutan yang mempunyai lingkungan ataupun keupayaan yang meluas di dalam sistem pengangkutan ini. Sistem ini semakin penting dan bertambah maju di negara kita. Sistem ini semakin mendapat tempat kerana ia di sokong oleh pihak kerajaan Sistem ini meliputi penghantaran barang melalui pengangkutan udara, darat dan lautan. Ia juga menunjukkan sesebuah negara itu sama ada aktif di dalam bidang eksport, import, pergudangan dan kemudahan di pelabuhan. Negara kita tidak terkecuali di dalam menghadapi perkembangan pesat di dalam sistem pengangkutan ini.
Metadata
Item Type: | Student Project |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Attan, Azizi 92879274 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Kalam, Anizah UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > Indexes (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Faculty of Mechanical Engineering |
Programme: | Diploma Kejuruteraan Mekanikal (PURE) |
Keywords: | Sistem pengangkutan, penghantaran barang, pergudangan |
Date: | 1998 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78820 |
Download
78820.pdf
Download (278kB)