Abstract
Mesyuarat Continual Quality Improvement (CQI) diadakan untuk mengenalpasti dan mencari penyelesaian terhadap isu-isu yang dibangkitkan berkaitan pengajaran dan pembelajaran mengikut garis panduan Prosedur Pengurusan Perlaksanaan Kurikulum selepas keputusan peperiksaan rasmi diumumkan. Namun begitu, didapati ada isu-isu mengenai kursus dan penyelesaian yang sama dibentangkan berulangkali di dalam Laporan CQI oleh setiap fakulti seolah-olah tiada tindakan diambil oleh pihak yang dipertanggungjawapkan. Bagi mengatasi masalah ini, Jawatankuasa Outcome-Based Education (OBE) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang telah memperkenalkan Pelan Tindakan CQI yang mana pelan ini melaporkan pencapaian dan penyelesaian kursus yang sarna pada semester-semester sebelumnya untuk memantau perkembangan pencapaian kursus tersebut. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan pembangunan dan tatacara penggunaan Pelan Tindakan CQI bagi jaminan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran di UiTM Cawangan Pahang.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zainul Rashid, Zarina zzr@pahang.uitm.edu.my Mohd Nor, Nur Asmaliza nurasmaliza@pahang.uitm.edu.my Mohd Zaki, Suhanom suhanom@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education L Education > LB Theory and practice of education > Educational evaluation |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2016 |
Event Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam |
Event Dates: | 30 November 2016 |
Page Range: | pp. 263-268 |
Keywords: | Jaminan kualiti, mesyuarat CQI, pelan tindakan CQI, Pengajaran dan Pembelajaran |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78554 |