Merungkai kelebihan solat tahajud dalam perspektif sains / Fairuzdzah Ahmad Lothfy …[et al.]

Ahmad Lothfy, Fairuzdzah and Ahmad Rafaie, Hartini and Mohd Nor, Asiah and Zainuddin, Nur Sha'adah (2016) Merungkai kelebihan solat tahajud dalam perspektif sains / Fairuzdzah Ahmad Lothfy …[et al.]. In: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam, 30 November 2016, UiTM PAHANG.

Abstract

Solat tahajud merupakan solat sunat yang utama setelah solat fardu yang dilakukan ketika sepertiga malam terakhir. Kelebihan dalam perspektif Islam, solat tahajud yang dilakukan secara rutin dan ikhlas dapat menghapus dosa, meningkatkan darjat, meneguhkan iman, jiwa dan mental untuk mengharungi kehidupan, mendekatkan diri dengan pencipta dan seterusnya akan memperoleh ketenangan. Berdasarkan hadis riwayat Tirmizi menyatakan Rasulallah SAW pernah bersabda solat tahajud dapat menghapuskan dosa, mendatangkan ketenangan, dan menghindarkan daripada penyakit. Daripada hadis tersebut menunjukkan terdapat faktor yang tersembunyi yang perlu dirungkaikan dari sudut saintifik yang menyumbang kepada kesihatan fizikal dan mental seseorang. Sebahagian para ilmuan mengaitkan solat tahajud dengan faktor kesihatan adalah disebabkan oleh perembesan hormon-hormon tertentu. Kertas kerja ini akan merungkai kelebihan solat tahajud dalam perspektif sains kepada kesihatan fizikal dan mental seseorang.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad Lothfy, Fairuzdzah
fairuzdzah@pahang.uitm.edu.my
Ahmad Rafaie, Hartini
hartinirafaie@pahang.uitm.edu.my
Mohd Nor, Asiah
asiah941@pahang.uitm.edu.my
Zainuddin, Nur Sha'adah
nsz@pahang.uitm.edu.my
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam
B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islam and science
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016
Event Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam
Event Dates: 30 November 2016
Page Range: pp. 154-160
Keywords: Gelombang alfa, hormon kortisol, solat tahajud, tekanan
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78392
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 78392.pdf] Text
78392.pdf

Download (3MB)

ID Number

78392

Indexing

Statistic

Statistic details