Implikasi keselamatan dan kesihatan ke atas penyelidik wanita dalam melakukan kerja-kerja makmal berat: satu tinjauan ringkas / Nor Maslina Mohsan …[et al.]

Mohsan, Nor Maslina and Alias, Rohaya and Mohammad Hanapi, Normadiana and Mohd Latib, Farah Wahida and Mohd Kamal, Mohd Mawardi and Mohamad Bhkari, Norshariza and Abd Hamid, Khalimi Johan (2016) Implikasi keselamatan dan kesihatan ke atas penyelidik wanita dalam melakukan kerja-kerja makmal berat: satu tinjauan ringkas / Nor Maslina Mohsan …[et al.]. In: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam, 30 November 2016, UiTM PAHANG.

Abstract

Makmal adalah satu ruang, tempat atau bangunan yang digunakan untuk melakukan kerja-kerja penyelidikan saintifik samada di sekolah, institut pengajian tinggi, industri atau pusat penyelidikan. Orang yang bertanggungjawab bagi menjalankan kerja-kerja penyelidikan adalah pelajar, juruteknik, pembantu jurutera atau penyelidik yang terdiri daripada golongan lelaki atau wanita. Segala aktiviti penyelidikan yang dijalankan di makmal yang melibatkan keselamatan dan kesihatan penyelidik adalah tertakluk kepada Akta keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Kertas kerja ini membincangkan tentang implikasi keselamatan dan kesihatan ke atas penyelidik khususnya penyelidik wanita yang menjalankan kerja-kerja makmal yang berat dalam melaksanakan proses penyelidikan. Dapat disimpulkan bahawa, terdapat implikasi negatif terhadap keselamatan dan kesihatan penyelidik wanita. Namun begitu, implikasi negatif ini dapat dikurangkan sekiranya penyelidik khususnya penyelidik wanita mematuhi
cadangan dan langkah pencegahan yang di cadangkan di dalam kertas kerja ini. Berdasarkan dapatan yang diperolehi, diharap dapat memberikan manafaat dan kesedaran dalam mempertingkatkan amalan keselamatan dan kesihatan di makmal kepada semua pihak yang terlibat khususnya golongan penyelidik wanita.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohsan, Nor Maslina
maslina252@pahang.uitm.edu.my
Alias, Rohaya
rohaya_alias@pahang.uitm.edu.my
Mohammad Hanapi, Normadiana
normadiana@pahang.uitm.edu.my
Mohd Latib, Farah Wahida
farahwahidaml@pahang.uitm.edu.my
Mohd Kamal, Mohd Mawardi
mawardikamal@pahang.uitm.edu.my
Mohamad Bhkari, Norshariza
nshariza@pahang.uitm.edu.my
Abd Hamid, Khalimi Johan
khalimij@yahoo.com
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > Education and training of teachers and administrators > Professional aspects of teaching and school administrators. Vocational guidance
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016
Event Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam
Event Dates: 30 November 2016
Page Range: pp. 141-147
Keywords: Keselamatan, kesihatan, makmal, penyelidik
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78248
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 78248.pdf] Text
78248.pdf

Download (3MB)

ID Number

78248

Indexing

Statistic

Statistic details