Analisis akhlaq mahmudah dalam hutang : kajian terhadap kakitangan di UiTM Malaysia / Dr. Mohd Kamal Azman Jusoh …[et al.]

Jusoh, Dr. Mohd Kamal Azman and Hashim, Azizi@Hamizi and Mohamed, Asjad and Othman, Muhammad Muzakkir and Wan Ahmad, Wan Azmi and Yusoh, Mohamad Sabri (2016) Analisis akhlaq mahmudah dalam hutang : kajian terhadap kakitangan di UiTM Malaysia / Dr. Mohd Kamal Azman Jusoh …[et al.]. In: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam, 30 November 2016, UiTM PAHANG.

Abstract

Keharusan berhutang dalam Islam disyaratkan dengan kemampuan untuk membayar dan mengelakkan hutang tertunggak. Pada tahun 2014, jumlah hutang tertunggak bagi isirumah di Malaysia sebanyak RM7.3 bilion. Hutang yang tidak dibayar akan menyebabkan berlaku kes-kes muftis. Kewujudan kes-kes muftis selain mencemarkan imej sektor awam, juga memberi kesan kepada individu yang terbabit antaranya hilang kemudahan pencen apabila bersara. Fenomena ini adalah menakutkan memandangkan konsep hutang dalam Islam telah dibincangkan dengan panjang lebar dalam fiqh Islam. Ia meletakkan asas utama dan juga pedoman kepada penghutang dan pemiutang Islam. Namun konsep yang sebegini sempurna tidak akan bermanfaat jika tidak difahami dengan mendalam oleh pihak yang terlibat. Dengan itu satu kajian perlu dilakukan untuk mengenalpasti sejauhmanakah kefahaman kakitangan kerajaan terhadap konsep akhlaq mahmudah dalam hutang piutang yang ditetapkan oleh Islam. Kakitangan kerajaan dalam tulisan ini difokuskan kepada kakitangan kerajaan yang beragama Islam di UiTM. Data dalam tulisan ini diperolehi dari soal selidik melibatkan 690 responden di UiTM Shah Alam, Pahang dan Pulau Pinang yang terdiri dari kakitangan akademik dan pentadbiran. Data dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS). Dapatan menunjukkan pembolehubah lokasi tidak mempunyai perbezaan yang signifikan terhadap kefahaman konsep akhlaq mahmudah.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Jusoh, Dr. Mohd Kamal Azman
mkamalazman@pahang.uitm.edu.my
Hashim, Azizi@Hamizi
azizih@pahang.uitm.edu.my
Mohamed, Asjad
asjad@pahang.uitrn.edu.my
Othman, Muhammad Muzakkir
ziekir@pahang.uitm.edu.my
Wan Ahmad, Wan Azmi
wanazmi@pahang.uitm.edu.my
Yusoh, Mohamad Sabri
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam
L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016
Event Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam
Event Dates: 30 November 2016
Page Range: pp. 108-117
Keywords: Akhlaq mahmudah, kakitangan UiTM
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78206
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 78206.pdf] Text
78206.pdf

Download (4MB)

ID Number

78206

Indexing

Statistic

Statistic details