Abstract
Wasiat merupakan salah satu instrumen perancangan harta pusaka yang menjadi pilihan orang Islam di Malaysia. Namun demikian, pelaksanaan wasiat selepas kematian pewasiat masih berdepan cabaran seperti pelaksanaan wasiat ini masih boleh dicabar, terhad kepada 1/3 bahagian kepada bukan waris, pergaduhan di antara waris, perlantikan penjaga tidak beramanah sehingga berlakunya pengabaian benefisiari. Justeru, kajian ini akan menganalisis aplikasi Wasiat Beramanah sebagai alternatif dalam perancangan harta pusaka yang lebih sistematik dan holistik. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan kaedah penyelidikan kepustakaan dan temu bual bersama seorang pegawai di Amanah Raya Berhad (ARB). Hasil kajian mendapati bahawa aplikasi Wasiat Beramanah adalah lebih komprehensif daripada wasiat biasa, berupaya menunaikan hasrat pewasiat, dan menjaga kebajikan waris-waris selepas berlaku kematian pewasiat. Kajian ini mencadangkan aplikasi Wasiat Beramanah ini diperluaskan lagi kerana masih kurang diberi perhatian.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdullah, Muhamad Mui’zz UNSPECIFIED |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > Islamic sociology > The practice of Islam. Islam and work |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Alor Gajah Campus > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | Journal of Islamic Philanthropy & Social Finance (JIPSF) |
UiTM Journal Collections: | UiTM Journal > Journal of Islamic Philanthropy and Social Finance (JIPSF) |
ISSN: | 2590-3942 |
Volume: | 5 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 33-44 |
Keywords: | Wasiat beramanah; Wasiat; Perancangan harta pusaka; Amanah (trust) |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78187 |