Miskonsepsi pelajar dalam topik trigonometri / Siti Asmah Mohamed... [et al.]

Mohamed, Siti Asmah and Alias, Fadzilawani Astifar and Hamat, Muniroh and Shamsuddin, Maisurah (2020) Miskonsepsi pelajar dalam topik trigonometri / Siti Asmah Mohamed... [et al.]. Teaching and Learning in Higher Education (TLHE), 1. pp. 131-139. ISSN 978-967-0841-86-1

Abstract

Miskonsepsi didefinisikan sebagai kesalahan pemahaman yang mungkin terjadi selama atau sebagai hasil pengajaran yang baru saja diberikan, berlawanan dengan konsepsi-konsepsi ilmiah yang dibawa atau berkembang dalam waktu lama (Mosik, P. Maulana 2010). Miskonsepsi ialah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang mereka salah ertikan. Terdapat tiga sumber yang menjadi penyumbang kepada miskonsepsi iaitu idea daif yang berpunca daripada pengalaman pelajar itu sendiri, kesalahan semasa aktiviti pengajaran yang berpunca daripada kefahaman yang tidak kuat terhadap sesuatu konsep yang dijelaskan oleh guru dan pengajaran guru atau pensyarah yang tidak tepat atau salah. (Effandi 2007) Antara jenis miskonsepsi yang sering berlaku di kalangan pelajar ialah terlalu menggeneralisasikan (overgeneralization), terlalu memudahkan (oversimplification), pandangan/idea pengetahuan sedia ada (pre-conceive notion), salah mengenalpasti (misidentifying), salah faham (misunderstanding), salah maklumat (misinformation), kepercayaan bukan saintifik (nonscientific beliefs), salah faham konsep (conceptual misunderstands), kepercayaan kepada yang lebih terkenal (popular beliefs) dan penerangan yang salah mengenai definisi dan kaedah (definition and method incorrectly explained).

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamed, Siti Asmah
sitiasmah109@uitm.edu.my
Alias, Fadzilawani Astifar
fadzilawani.astifar@uitm.edu.my
Hamat, Muniroh
muniroh@uitm.edu.my
Shamsuddin, Maisurah
maisurah025@uitm.edu.my
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Advisor
Hamat, Muniroh
UNSPECIFIED
Chief Editor
Kadar, Rozita
UNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QA Mathematics
Q Science > QA Mathematics > Geometry. Trigonometry. Topology
Q Science > QA Mathematics > Geometry. Trigonometry. Topology > Geometry. Shapes. General works, treatises, and textbooks
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: Teaching and Learning in Higher Education (TLHE)
ISSN: 978-967-0841-86-1
Volume: 1
Page Range: pp. 131-139
Keywords: Miskonsepsi, Pelajar, Trigonometri
Date: June 2020
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/78038
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 78038.pdf] Text
78038.pdf

Download (208kB)

ID Number

78038

Indexing

Statistic

Statistic details