Penerapan prinsip-prinsip syariah dalam penyelesaian isu kejiranan: kajian di Kota Bharu, Kelantan / Syaimaa’ Asbullah

Asbullah, Syaimaa’ (2022) Penerapan prinsip-prinsip syariah dalam penyelesaian isu kejiranan: kajian di Kota Bharu, Kelantan / Syaimaa’ Asbullah. Masters thesis, Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Abstract

Kejiranan merupakan antara komponen penting dalam mencapai kesejahteraan negara berpanjangan. Hubungan kejiranan yang kukuh akan menjamin keselamatan masyarakat setempat. Namun, perubahan gaya hidup yang terlalu sibuk serta kemajuan teknologi yang semakin pesat menjadi faktor utama nilai perhubungan ini semakin terhakis. Hal ini menjadikan konflik dan pertelingkahan bukan lagi benda asing dalam kalangan masyarakat kontemporari. Justeru, kajian ini akan mengupas prinsip-prinsip alam bina kejiranan Islam dan aduan kejiranan di Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) serta mencadangkan cara penyelesaian menurut perspektif Syariah. Aspek aduan yang dibincangkan merangkumi kesemua jenis aduan yang dilaporkan berdasarkan kepada statistik yang diperoleh daripada Jabatan Perhubungan Awam, MPKB-BRI. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan kaedah kajian lapangan yang dijalankan di MPKB-BRI. Pengkaji menggunakan kaedah pengumpulan data secara temubual bersama pegawai MPKB-BRI dan pengurusan data dokumen. Dapatan kajian mendapati bahawa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) kini melaksanakan kaedah penyelesaian berdasarkan Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171). Analisis daripada Akta tersebut menunjukkan relevansi antara praktis kontemporari dan Fiqh klasik. Kajian ini menyimpulkan bahawa solusi penyelesaian konflik yang bersifat holistik, efisien dan komprehensif dapat direalisasikan dengan penghayatan dan adaptasi prinsip Islam secara bersepadu. Adalah diharapkan penghasilan kajian ini dapat mengukuhkan hubungan kejiranan yang bukan sahaja penting bagi mengekalkan dasar pembinaan negara Malaysia bahkan untuk memastikan Malaysia kekal berdaya saing dan maju.

Metadata

Item Type: Thesis (Masters)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Asbullah, Syaimaa’
2019933327
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Muhamad, Mohd Dani
UNSPECIFIED
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam
H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > Neighborhoods
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Programme: Sarjana Pengajian Islam Kontemporari
Keywords: Kajian, kejiranan, Kelantan
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77968
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 77968.pdf] Text
77968.pdf

Download (240kB)

Digital Copy

Digital (fulltext) is available at:

Physical Copy

Physical status and holdings:
Item Status:

ID Number

77968

Indexing

Statistic

Statistic details