Ke mana arahnya peranan paparan iklan (billboard) sebagai media komunikasi di sekitar bandaraya Kuala Lumpur / Mohamad Adli Ibrahim

Ibrahim, Mohamad Adli (1991) Ke mana arahnya peranan paparan iklan (billboard) sebagai media komunikasi di sekitar bandaraya Kuala Lumpur / Mohamad Adli Ibrahim. [Student Project] (Unpublished)
Abstract

Tesis ini merupakan satu penyelidikan serta kajian tentang " Ke mana Arahnya Peranan Paparan Iklan (Billboard) Sebagai Media Komunikasi Di Sekitar Bandaraya Kuala Lumpur. Sebagaimana yang diketahui, penggunaan paparan iklan (billboard) adalah untuk memaparkan, memberitahu dan memajukan sesuatu barang, idea dan perkhidmatan kepada khayalak ramai dengan tujuan untuk mendapat sokongan dan sambutan daripada para pengguna. Oleh kerana semenjak kebelakangan ini, perkembangan dan pertumbuhannya begitu mendadak sekali, maka ianya telah menjadi satu fenomena yang begitu meruncing sekali terutamanya disekitar bandaraya Kuala Lumpur. Pertambahan bilangan dan kecanggihan teknologi yang ada telah menjadikan kewujudan paparan iklan (billboard.) ini menggugat keselamatan pengguna serta mencacatkan pemandangan semulajadi yang menarik di sekitar bandaraya. Ini termasuklah kewujudan paparan iklan yang berbagai saiz, jenis, bentuk dan lokasi yang tidak menentu boleh mencacatkan pemandangan terutamanya dikalangan pelancong-pelancong asing yang datang ke negara kita. Perlumbaan dan persaingan yang wujud dikalangan syarikat-syarikat pengiklanan untuk menaja atau membina paparan iklan juga menyebabkan fenomena perkembangan kewujudan paparan iklan yang banyak dan tidak selaras. Kesannya membuatkan sesuatu lokasi itu kelihatan tidak terurus dan berserabut dengan pelbagai bentuk dan jenis serta visual paparan iklan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 77962.pdf]
Text
77962.pdf
Download (278kB)
Location & Physical Holdings
Digital Copy
Physical Location
  • Koleksi Akses Terhad | PTAR Utama | Shah Alam
Item Status
On Shelf
Indexing & Metrics