Sifat-sifat anatomi dan morfologikal gentian kayu kelempayan / Junaiza Ahmad Zaki …[et al.]

Ahmad Zaki, Junaiza and Zakaria, Shaikh Abdul Karim Yamani and Shafie, Amran and Abdul Latif, Nur Hannani and Kamarudin, Norashikin and Othman, Ahmad Fauzi and Mohd Nizam, Norsyuhada (2016) Sifat-sifat anatomi dan morfologikal gentian kayu kelempayan / Junaiza Ahmad Zaki …[et al.]. In: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam, 30 November 2016, UiTM PAHANG.

Abstract

Kelempayan (Neolamarckia cadamba) merupakan kayu keras daripada kumpulan kayu keras ringan. Kayu kumpulan ini amat bernilai tinggi sebagai pemegang tangga, batang mancis, pensil dan bahan kegunaan ringan yang lain. Ianya juga banyak digunakan untuk penghasilan perabot. Namun begitu, maklumat terperinci kayu kelempayan ini masih lagi tidak mencukupi. Oleh yang demikian, kajian yang dijalankan ini adalah merangkumi aspek dalaman kayu yang merujuk kepada sifat-sifat anatomi dan ciri-ciri morfologi gentian kayu kelempayan. Sifat-sifat anatomi memfokuskan kepada kesan terhadap ketinggian pokok (atas, tengah dan bawah) menerusi kepadatan liang serta diameter liang. Manakala ciri morfologi gentian pula dikaji melalui aspek ketinggian pokok sertajarak daripada kulit danjarak daripada empulur yang merangkumi panjang gentian, diameter gentian serta diameter lumen gentian. Keputusan yang diperolehi menunjukkan sifat-sifat anatomi kelempayan adalah sangat signifikan terhadap ketinggian pokok. Bagi ciri morfologi gentian pula, hanya panjang gentian menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan berbanding diameter gentian dan diameter lumen gentian terhadap ketinggian pokok. Keputusan jarak daripada kulit ke empulur pula menunjukkan kesan yang sangat signifikan bagi panjang gentian dan diameter gentian tetapi tiada perbezaan bagi diameter lumen gentian. Keseluruhan sifat-sifat anatomi dan morfologi gentian kayu kelempayan ini menunjukkan kekuasaan Allah SWT yang membolehkan kita sebagai khalifah mengkaji bagi kepentingan serta pengetahuan terhadap kebesaranNya sekaligus diaplikasikan di dalam kehidupan seharian.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ahmad Zaki, Junaiza
junaiza@pahang.uitm.edu.my
Zakaria, Shaikh Abdul Karim Yamani
syamani@pahang.uitm.edu.my
Shafie, Amran
amran453@pahang.uitm.edu.my
Abdul Latif, Nur Hannani
hannani@pahang.uitm.edu.my
Kamarudin, Norashikin
sheken@pahang.uitm.edu.my
Othman, Ahmad Fauzi
ahmad_fauzi@pahang.uitm.edu.my
Mohd Nizam, Norsyuhada
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TS Manufactures > Wood-pulp industry. Pulping processes
T Technology > TS Manufactures > Furniture
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus
Journal or Publication Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016
Event Title: KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam
Event Dates: 30 November 2016
Page Range: pp. 26-33
Keywords: Kelempayan, morfologi gentian, sifat anatomi
Date: 2016
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77955
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 77955.pdf] Text
77955.pdf

Download (3MB)

ID Number

77955

Indexing

Statistic

Statistic details