Abstract
Konsep "hijau" telah sekian lama diterapkan di kalangan umat Islam kerana ia adalah sebahagian daripada elemen agama Islam. Agama Islam sangat menitik-beratkan dan sentiasa mengutama kebersihan dalam segala aspek termasuklah menjaga persekitaran alam sekitar. Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran pelajar terhadap pembuangan sampah dan sikap membuang sampah. Seramai 95 (33.33%) daripada populasi kajian iaitu 285 pelajar yang sedang mengambil kursus pra-diplmoa di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang telah dipilih sebagai responden kajian. Metodologi kajian adalah edaran borang soal selidik kepada pelajar dan hasil dapatan yang diperoleh dianalisa menggunakan SPSS versi 23. Antara dapatan kajian yang diperoleh; tahap kesedaran pelajar terhadap isu pembuangan sampah adalah sangat baik (min = 9.0502, sisihan piawai = 1.3765), dan sikap pelajar dalam pembuangan sampah menunjukkan ia agak membimbangkan iaitu tidak mencapai pertengahan skala (min = 4.2337, sisihan piawai = 1.1600). Hubungan di antara kedua-dua pembolehubah ini menunjukkan semakin tinggi tahap kesedaran pelajar terhadap isu pembuangan sampah, semakin rendah kecenderungan mereka untuk membuang sampah di merata-rata tempat. Dapatan kajian ini mencadangkan bahawa kajian akan datang akan memfokuskan kepada faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi seseorang untuk membuang sampah di merata-rata tempat.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Asmui, Mas'udah Mas_as@pahang.uitm.edu.my Syed Wahid, Sharifah Norhuda sha_norhuda@pahang.uitm.edu.my Mohd Mokhtar, Noorsuraya noorsuraya@pahang.uitm.edu.my Mohd Zaki, Suhanom suhanom@pahang.uitm.edu.my Harith, Siti Suhaila ssuhaila@pahang.uitm.edu.my |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > Islam > The practice of Islam L Education > LB Theory and practice of education > Higher Education > Institutions of higher education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus |
Journal or Publication Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2016 |
Event Title: | KONAKA Konferensi Akademik 2016 Pengkongsian Ilmu Dari Perspektif Islam |
Event Dates: | 30 November 2016 |
Page Range: | pp. 15-20 |
Keywords: | Konsep "Hijau," sikap membuang sampah, tahap kesedaran membuang sampah |
Date: | 2016 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77951 |