Abstract
Secara umumnya, Pusat Internet Desa (PID) merupakan usaha kerajaan untuk merapatkan jurang digital di Malaysia, di samping bertujuan untuk mewujudkan pembangunan seimbang di antara masyarakat di kawasan bandar dan luar bandar. Sejajar dengan kemunculan zaman maklumat dan revolusi Internet global, PID dilihat sebagai pusat yang berperanan dalam membangunkan komuniti masyarakat luar bandar melalui penyediaan kemudahan, infrastruktur dan infostruktur berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk menilai aktiviti-akiviti yang dijalankan di PID dan bagaimana PID memberi impak terhadap pembangunan komuniti khususnya dalam konteks pembangunan Sosial-ekonomi masyarakat. Kajian deskriptif ini adalah menggunakan soal selidik sebagai sumber maklumar dan PID Bukit Kayu Hitam (PID BKH) di Kedah telah dipilih sebagai lokasi kajian. Temubual berstruktur juga turut digunakan khususnya bagi memperolehi gambaran yang lebih jelas mengenai aktiviti dan operasi PID di kawasan kajian. Bagi memantapkan kajian, temubual pakar dilakukan sebagai cara mendapatkan panduan dan penerangan menyeluruh berkenaan PID BKH. Secara umumnya, hasil kajian menunjukkan bahawa PID BKH memberikan kesan yang positif kepada pembangunan Komunili setempat khususnya pembangunan pengetahuan dan kemahiran berkaitan ICT. PID BKH juga berperanan dalam mewujudkan suasana perniagaan dalam talian, mempertingkatkan komunikasi dan kegiatan sosial, dan sekaligus berperanan sebagai pusat kegiatan masyarakat luar bandar. Kajian ini mencadangkan keusahawanan sosial sebagai cara untuk mempertingkatkan keupayaan PHD BKH sebagai pusat pembagunan komuniti masyarakat luar bandar sekaligus membantu mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat di masa hadapan.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Bohari, Abdul Manaf manafdr@uum.edu.my |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Advisor Omar, Associate Professor Dr Haji Mohd Shukri UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HT Communities. Classes. Races > Rural groups. Rural sociology T Technology > T Technology (General) T Technology > TA Engineering. Civil engineering T Technology > TK Electrical engineering. Electronics. Nuclear engineering > Telecommunication > Web servers. Internet > Internet access. Internet access control |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus |
Journal or Publication Title: | Journal of Academic Minds |
ISSN: | 1823-6634 |
Volume: | 6 |
Number: | 1 |
Page Range: | pp. 91-106 |
Keywords: | Pusat Internet Desa, Komuniti Luar Bandar, Keusahawanan Sosial |
Date: | January 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77895 |