Abstract
Kerja-kerja tanah merupakan kerja yang boleh dikelaskan kepada kerja kejuruteraan awam yang sangat penting dan merupakan proses awalan bagi sebarang permulaan kerja-kerja pembinaan di tapak. Kerja tanah ini bukan sahaja terhad kepada pembinaan struktur mega seperti empangan, landasan keretapi, lebuhraya dan sebagainya tetapi la juga penting bagi kerja-kerja pembinaan yang kecil seperti pembinaan platform bangunan, membina jalan raya dan seumpamanya. Walaupun kerja-kerja tanah ini dilakukan bagi pelbagai kerja pembinaan, namun prinsip dari segi teori dan teknikal adalah sama bagi semua kerja tanah ini. Umumnya, kerja-kerja tanah melibatkan pengorekan tanah dan batu yang bergantung kepada penggunaan kerja dan besarnya sesuatu projek itu. Selain kerja pengorekan, kerja-kerja tanah juga melibatkan kerja penambakan, pemadatan dan pencerunan tanah. Pelaksanaan kerja tanah yang sempurna akan menjamin hasil kerja pembinaan yang berkualiti. lni kerana, pengendalian kerja tanah yang baik, akan memastikan kerja-kerja pembinaan tidak bermasalah dari segi kos, tempoh masa kontrak, kekuatan dan kestabilan tanah dan juga dari segi pengarasan tapak.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Suhaimi, Fatin Suhana 2005176914 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Wan Ali, Wan Nordiana UNSPECIFIED Thesis advisor Othman, Mohamad Hamdan UNSPECIFIED Thesis advisor Husin, Azamuddin UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Buildings: Construction with reference to use.Including public buildings, dwellings |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | kerja-kerja tanah, kejuruteraan awam, kerja pembinaan |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77825 |