Penggunaan ICT untuk komunikasi dalaman organisasi: kajian kes syarikat farmaseutikal di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang / Abdul Manaf Bohari and Nurwahida Fuad

Bohari, Abdul Manaf and Mokhtar, Nurwahida Syafieza (2012) Penggunaan ICT untuk komunikasi dalaman organisasi: kajian kes syarikat farmaseutikal di negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang / Abdul Manaf Bohari and Nurwahida Fuad. Journal of Academic Minds, 6 (1). pp. 21-42. ISSN 1823-6634

Abstract

Teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) merupakan sistem yang dibangunkan secara khusus untuk kegunaan pengurus termasuklah bagi perlaksanaan fungsi komunikasi dalaman organisasi. Secara praktisnya, penggunaan ICT adalah mengambilkira fakior seperti keupayaan kewangan organisasi, kesediaan sumber manusia, infrastruktur komunikasi, dan sebagainya. Dalam pada itu, masih terdapat organisasi yang mengunakan kaedah komunikasi dalaman konvensional seperti papan notis, surat edaran, nota personal, dan sebagainya walaupun ICT telah disediakan dalam organisasi. Sebenarnya, penggunaan ICT sebagai alat komunikasi adalah suatu keperluan strategik berikutan kemunculan zaman maklumat dan tekanan faktor persekitaran global yang kompetatif dan sukar diramal. Objektif kajian ini adalah untuk menilai keupayaan ICT dalam melaksanakan fungsi komunikasi dalaman organisasi. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti rintangan-rintangan komunikasi berasaskan ICT. Sampel kajian adalah terdiri daripada 50 syarikat farmaseutikal di negeri utara Semenanjung Malaysia iaitu Perlis, Kedah, dan Pulau Pinang. Secara umumnya, hasil kajian mendapati bahawa majoriti syarikat farmaseutikal bersetuju bahawa ICT berupaya melaksanakan fungsi komunikasi dalaman organisasi. Antara fungsi komunikasi yang boleh dilaksanakan melalui ICT ialah alat kawalan, dorongan, sosialisasi, pengumpulan dan penyebaran maklumat, perancangan maklumat, dan sebagainya. Kajian ini juga membincangkan tentang rintangan-rintangan komunikasi berasaskan ICT yang wujud dalam konteks syarikat farmaseutikal. Akhir sekali, cadangan cadangan dikemukakan bagi mempertingkatkan kecekapan pengunaan ICT dalam menjayakan proses komunikasi dalaman sckaligus menjadikan organisasi lebih efisyen dan berdaya saing.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Bohari, Abdul Manaf
manafdr@uum.edu.my
Mokhtar, Nurwahida Syafieza
2019868244
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
UNSPECIFIED
Omar, Mohd Shukri
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Management. Industrial Management > Communication in management. Communication in organizations. Communication of information
H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > Labor. Work. Working class > Labor. Work environment
T Technology > T Technology (General) > Information technology. Information systems
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Kelantan > Machang Campus
Journal or Publication Title: Journal of Academic Minds
ISSN: 1823-6634
Volume: 6
Number: 1
Page Range: pp. 21-42
Keywords: Sistem Maklumat Pengurusan, Komunikasi Dalaman, Syarikat Farmaseutikal.
Date: January 2012
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77757
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 77757.pdf] Text
77757.pdf

Download (81kB)

ID Number

77757

Indexing

Statistic

Statistic details