Kaedah pembinaan bumbung curam / Mohd Shahrul Annuari Abd Maulud

Abd Maulud, Mohd Shahrul Annuari (2010) Kaedah pembinaan bumbung curam / Mohd Shahrul Annuari Abd Maulud. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Laporan ini secara ringkas menerangkan mengenai segala proses dan kaedah yang terlibat dalam pembinaan sesebuah bumbung curam. Ia dihasilkan berpandukan kepada pengalaman selama enam bulan ditempatkan di tapak projek pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan latar belakang syarikat dan latar belakang projek. Syarikat AHTNUCSB ini telah ditubuhkan pada 1982. Ia telah terlibat dalam semua bidang pembinaan dan kejuruteraan yang memiliki jurutera yang berpengalaman luas dalam sektor pembinaan. Bagi projek Pembinaan Kompleks Istana Baru Terengganu, Mukim Chendering, Kuala Terengganu ini adalah bertujuan untuk membina sebuah kompleks istana baru yang dilengkapi dengan kemudahan untuk Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan Negeri Terengganu. Berdasarkan pemerhatian selama ditempat di tapak projek ini bahawa pembinaan sesebuah bumbung bagi bangunan Kompleks Istana Baru adalah tidak semudah yang disangkakan. Ia melibatkan banyak pihak dan proses pembinaan yang rumit. Berdasarkan kajian teorikal, pelatih dapat mengetahui faktor-faktor dalam pemilihan reka bentuk bumbung, jenis-jenis bumbung curam, dan yang paling penting adalah kompenen-kompenen bumbung yang digunakan.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 77739.pdf]
Text
77739.pdf
Download (27MB)
Indexing & Metrics