Abstract
Industri perbankan di Malaysia akan juga akan terkesan seiring ledakan perubahan teknologi kewangan. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Rolang Berger, syarikat perunding Eropah yang membuat kajian bertajuk Branching out-the Future of Retail Banking Networks mengatakan bilangan bank yang akan ditutup dalam tempoh 10 tahun adalah sebanyak 600 cawangan. Hasil kajiannya ini sememangnya menjadi satu tamparan kepada pemain industri dan menjadi igauan kepada semua pekerja di dalam industri perbankan. Jika dilihat dari awal perancangan Bank Negara Malaysia melalui konteks pembangunan kewangan di Malaysia sememang industri kewangan telah terarah kepada kewangan digital. Penulisan dari perunding telah mengatakan bahawa penutupan yang bakal berlaku ini adalah selaras dengan kemajuan teknologi kewangan ( Fintech) yang mana kebanyakan pelanggan telah mula beralih kepada perkhidmatan digital.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Ali, Noor Azillah UNSPECIFIED Shekh Zain, Rozihanim UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HG Finance > Banking P Language and Literature > PN Literature (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Rembau Campus |
Journal or Publication Title: | APB Rembau e-Bulletin |
ISSN: | 2682-776X |
Volume: | 11 |
Page Range: | pp. 56-58 |
Keywords: | Bank, tradisional, maya |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77662 |