Kajian impak Pesta Kaul Mukah 2014 / Dr. Tang Howe Eng, Haji Khalik Haji Ibrahim & Noor Emma Shamsuddin

Tang, Howe Eng and Haji Ibrahim, Haji Khalik and Shamsuddin, Noor Emma (2014) Kajian impak Pesta Kaul Mukah 2014 / Dr. Tang Howe Eng, Haji Khalik Haji Ibrahim & Noor Emma Shamsuddin. Other. Persatuan Melanau Mukah, Mukah, Sarawak. (Submitted)

Abstract

Pesta Kaul Mukah 2014 telah diadakan di Mukah pada 23 April 2014 sehingga 27 April 2014 bertempat di Tapak Pesta Kaul, Kuala Lama, Mukah. Tema Kaul pada tahun ini adalah seperti tahun lepas iaitu ‘Tiada Seuniknya’. Kaul merupakan sebuah acara keramaian yang menghimpunkan pelbagai acara dan adat resam yang unik dan menarik dan diadakan oleh kaum Melanau di kawasan Mukah, sebuah kawasan yang terletak di persisiran pantai di Sarawak. Acara ini diadakan sekali setiap tahun, iaitu pada minggu ketiga April. Kaul merupakan permulaan kalendar bagi kaum Melanau di mana berakhirnya musim tengkujuh. Disebabkan lokasi penempatan kaum ini adalah di persisiran pantai, pekerjaan utama mereka merupakan nelayan. Kaul pada zaman dahulu diamalkan untuk memohon restu daripada penunggu laut, darat, ladang dan hutan agar penunggu tersebut tidak mengganggu mereka ketika mereka mencari rezeki. Kaum Melanau yang terawal di Sarawak adalah di Mukah. Namun begitu, terdapat juga Kaum Melanau yang berada di persisiran pantai seperti kawasan lembah utara Sungai Rajang, Igan, Mukah, Dalat, Oya dan Bintulu. Bahasa Melanau itu sendiri berbeza loghatnya mengikut kawasan masing-masing. Masyarakat Melanau dahulu kebanyakannya terdiri daripada suku yang tidak mempunyai agama dan mempercayai kuasa makhluk ghaib yang dipanggil Ipok. Kaum inilah yang memulakan acara Kaul yang akhirnya menjadi satu adat bagi Kaum Melanau sehingga kini. Namun begitu, dengan kemasukan agama Islam dan Kristian di kalangan masyarakat Melanau di Sarawak ini mengubah sedikit demi sedikit aplikasi dan kepercayaan Kaul. Jika dahulu, Kaul diadakan untuk memuja penunggu-penunggu laut dan darat, tetapi kini Kaul diadakan untuk majlis keramaian ataupun satu pesta sosio-budaya sahaja. Ini adalah kerana dengan wujudnya anutan agama, amalan-amalan syirik perlu dihentikan namun demi mengekalkan adat supaya tidak hilang ditelan arus zaman, Kaul dikekalkan dari segi nama dan masa bukan dari segi amalan.

Metadata

Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 77594.pdf] Text
77594.pdf

Download (5MB)

ID Number

77594

Indexing

Statistic

Statistic details