Abstract
Laporan ini menerangkan secara ringkas tentang 'metal cladding' dan kaedah pembinaan dinding serta bumbung 'metal cladding' di 3 X 700MW Loji Janakuasa Arang Batu Tanjung Bin. lanya dihasilkan melalui pemerhatian, temuramah dan pengalaman saya selama 6 bulan di tapak bina. Laporan ini mempunyai 12 bab dan dimulakan dengan latar belakang Syarikat Rentak Jitu Project Management Sdn. Bhd. dan latar belakang projek pembinaan 3 X 700MW Loji Janakuasa Tanjung Bin. Syarikat Rentak Jitu merupakan syarikat yang mengurus projek ini bagi pihak pelanggan dan ini merupakan projek pertama bagi Syarikat Rentak Jitu. Projek ini menghasilkan 2100 MW kuasa elektrik yang menggunakan arang batu. Tenaga elektrik ini akan dibekalkan ke seluruh negeri terutamanya di kawasan selatan semenanjung Malaysia iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Pembinaan dinding dan bumbung 'metal cladding' adalah rumit sedikit kerana ianya melibatkan kerja pembinaan bangunan tinggi. Dalam laporan ini ada menerangkan tentang jenis-jenis 'metal cladding' dan komponen-komponennya secara teoritikal dan secara praktikalnya pula menerangkan tentang pemasangan kerangka dan kemasan dinding serta bumbung 'metal cladding'.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Sabtu, Adnan 2003264649 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Mahayuddin, Siti Akhtar UNSPECIFIED Thesis advisor Abdullah, Mohd Rofdzi UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Details in building design and construction.Including walls, roofs |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | pembinaan, dinding dan bumbung, metal cladding |
Date: | October 2005 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77580 |