Abstract
Pelbagai usaha telah digerakkan oleh kerajaan untuk mencapai visi Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang 2020. Sebagai asas pencapaian, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) merupakan sasaran utama yang perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa. Setelah 52 tahun merdeka, temyata Malaysia berjaya meningkatkan 144 kali ganda nilai KDNKnya. Selari dengan kejayaan meningkatkan nilai KDNK tersebut, pendapatan KDNK per kapita telah meningkat dan sumbangan setiap sektor utama dalam ekonomi turut menunjukkan perkembangan yang positif. Kertas ini akan meninjau pencapaian semasa KDNK Malaysia dan faktor-faktor yang berkait dengannya berbanding negara-negara lain yang telah dikategorikan sebagai negara maju. Selain itu, Korea Selatan dipilih sebagai ‘benchmark’ memandangkan negara tersebut merupakan negara Asia terkini yang tersenarai di bawah ‘Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) ’pada tahun 1996. Informasi ini amat signifikan dengan keperluan mengetahui di mana kedudukan Malaysia pada hari ini memandangkan matlamat visi Malaysia sebuah Negara maju hanya tinggal 11 tahun sahaja lagi.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Amin, Suhaida UNSPECIFIED P. Rameli, Mohd Faizal UNSPECIFIED |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Team Member Omar, Roaimah UNSPECIFIED Team Member Loh Er Fu, David UNSPECIFIED Team Member Abu Bakar, Nor Raihan UNSPECIFIED Team Member Gafar@Abd Ghaffar, Siti Zuraina UNSPECIFIED Team Member Khamis, Muhamad Hanapi UNSPECIFIED Team Member Sah Allam, Siti Nurshahidah UNSPECIFIED Team Member UNSPECIFIED UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > HB Economic Theory. Demography > Economics |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Melaka > Bahagian Penyelidikan dan Jaringan Industri, UiTM Melaka |
Page Range: | p. 26 |
Keywords: | KDNK, Negara Maju, Ekonomi |
Date: | 2011 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77405 |