Abstract
Kejayaan projek boleh ditakrifkan sebagai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan dalam perancangan sesebuah projek telah berjaya. Oleh itu, pembinaan yang berkualiti serta menguntungkan semua pihak merupakan faktor penting dalam menjamin kemajuan sektor industri pembinaan di negara terus berkembang pesat. Matlamat tersebut hanya boleh diperolehi dan dicapai dengan adanya sistem pengurusan yang efektif bagi semua elemen yang terlibat dalam sesebuah projek pembinaan. Pengurusan masa merupakan satu daripada elemen yang sangat penting dan perlu diberi perhatian sepanjang projek pembinaan dijalankan kerana ia memiliki pengaruh besar dalam mempengaruhi waktu menyiapkan projek sama ada sesebuah projek itu dapat disiapkan pada tarikh perjanjian kontrak dibuat atau sebaliknya. Jika perkara yang sebaliknya itu berlaku maka projek yang dijalankan tidak akan berjalan seperti yang dirancang seperti yang dikehendaki yang mana seterusnya membawa kepada masalah kelewatan yang boleh menjejaskan banyak perkara seperti masa, kos dan bahan serta reputasi pihak kontraktor berkenaan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Kamaruddin, Nur Rasyidah 2009502615 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Ibrahim, Azira UNSPECIFIED Thesis advisor Ramli, Mohd Haiqal UNSPECIFIED Thesis advisor Jamil, Siti Jamiah Tun UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Management of the construction site. Superintendence of building construction |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | faktor-faktor, kelewatan projek, industri pembinaan |
Date: | March 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77279 |