Abstract
Laporan ini menerangkan objektif mengenai spesifikasi yang perlu ada untuk mendapatkan sijil perakuan siap dan pematuhan (CCC) selain untuk mengkaji proses-proses yang perlu dilalui untuk mengeluarkan CCC. Laporan ini dihasilkan selepas 5 bulan ditempatkan di pejabat SAM ARKITEK perunding untuk melalui latihan praktikal. Laporan ini dibahagikan kepada beberapa bahagian, dimulakan dengan latar belakang syarikat dan latar belakang projek pembinaan. Setelah beberapa usaha dilakukan untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai proses ini, mendapati terdapat beberapa peringkat yang perlu dilalui untuk mendapat sijil, dan terdapat banyak borang yang perlu digunakan untuk melengkapkan proses mendapatkan sijil tersebut. Dalam proses ini, terdapat juga beberapa masalah yang wujud, dan memberi kesan kepada beberapa pihak. Dan kesimpulan yang diakhiri dalam laporan ini turut diselitkan dengan cadangan yang dirasakan boleh membantu dalam menyelesaikan masalah tersebut. Secara ringkasnya, laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih mendalam mengenai peringkat-peringkat yang terlibat dalam proses untuk mendapatkan sijil perakuan siap dan pematuhan untuk sesebuah bangunan yang telah siap dibina.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Zakaria, Nur Liyana 2010270652 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Ahmad Zamri, Nurhasyimah UNSPECIFIED Thesis advisor Halim, Zulkifli UNSPECIFIED Thesis advisor Yahaya, Noor Azam UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Contractors |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | sijil perakuan siap dan pematuhan, proses, borang |
Date: | 2012 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77171 |