Abstract
Kebiasaanya sesuatu sistem pengurusan ini perlu diambil berat oleh mana-mana pihak yang terlibat termasuklah dengan sistem pengurusan buruh di tapak bina ini. Pengurusan buruh dapat diistilahkan sebagai sesuatu kerja pengurusan yang dilakukan untuk mengurus pekerja di tapak bina. Laporan ini secara ringkasnya di buat bagi mengupas dengan terperinci tentang apakah cara-cara yang perlu dilakukan. Ianya dihasilkan melalui pengalaman selama enam bulan penulis berada di tapak projek pembinaan tersebut sebagai pelajar latihan praktikal. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya pendahuluan, latar belakang syarikat, teoritikal, laporan praktikal, masalah dan cara mengatasi serta cadangan dan kesimpulan. Sepanjang berada ditapak projek pembinaan, pelbagai cara untuk mengenal pasti bagaimana cara-cara pengurusan buruh di tapak bina ini dilakukan dan diuruskan, antaranya melalui pemerhatian dan juga soal jawab dengan jurutera projek di tapak bina itu iaitu Encik Mohd Fakhzan Bin Hanafi dan juga penyelia tapak yang juga banyak membantu penulis iaitu Tuan Hj Mohd Yusof Bin Mohd Zain dalam memahami caracara pengurusan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. A Aziz, Anuar 2007105449 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Husin, Azamuddin UNSPECIFIED Thesis advisor Ramli, Haiqal UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Contractors |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | pengurusan buruh, tapak bina |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77165 |