Struktur kerangka bumbung / Mohd Idzuan Salamom

Salamom, Mohd Idzuan (2007) Struktur kerangka bumbung / Mohd Idzuan Salamom. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)

Abstract

Kandungan laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai semua proses dan kaedah yang terlibat dalam pembinaan sesebuah struktur bumbung. Laporan ini dihasilkan berpandukan pengalaman selama lebih kurang empat bulan ditempatkan di tapak projek pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan Iatar belakang syarikat dan latar belakang projek pembinaan. Antara latar belakang syarikat yang boleh diceritakan secara ringkas di ruangan ini ialah Syarikat Konsep Sepakat Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 03 Oktober 2001 dan merupakan syarikat pemilikan bumiputera sepenuhnya. Syarikat ini beroperasi sepenuhnya dengan kerjasama ahli-ahli kongsi yang lain. Syarikat ini dimiliki oleh En. Ghazali bin Hasim dan Pn. Siti Hajar binti Abd Wahab yang merupakan pemegang saham bagi syarikat tersebut. Syarikat ini mempunyai lesen kelas C dan CIDB gred G4. Syarikat ini mempunyai modal berbayar sebanyak RM 500,000.00 sahaja. Manakala cerita ringkas mengenai latar belakang projek pembinaan pula ialah projek ini adalah dimiliki oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Projek ini bernilai RM 4,316,611.21.

Metadata

Item Type: Monograph (Industrial Training)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Salamom, Mohd Idzuan
2005434273
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Wan Zaharudin, Wan Akmal
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Ismail, Dzulkarnaen
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Abdullah, Rofdzi
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Roofing
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma in Building
Keywords: struktur kerangka bumbung
Date: 2007
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77150
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 77150.pdf] Text
77150.pdf

Download (32MB)

ID Number

77150

Indexing

Statistic

Statistic details