Kelalaian pekerja di tapak bina / Muhammad Hafiz Mohd Fisol

Mohd Fisol, Muhammad Hafiz (2009) Kelalaian pekerja di tapak bina / Muhammad Hafiz Mohd Fisol. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)

Abstract

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai kelalaian pekerja yang berlaku di tapak bina semasa melakukan kerja. la dihasilkan berpandukan kepada pengalaman selama enam bulan ditempatkan di tapak projek pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan latar belakang syarikat. ARASH CIPTA SDN. BHD. (ACSB) berdaftar dengan Pusat Perkhidmatan Kontraktor (PKK) dalam kelas C dan bertaraf Bumiputera. Hasil pemerhatian mendapati banyak faktor yang menyebabkan berlaku kelalaian sehingga memberi kesan kepada industri pembinaan yang jelas. Di dalam laporan ini diterangkan secara ringkas mengenai kajian teoritikal yang meliputi faktor-faktor dan kesan-kesan kelalaian pekerja di tapak bina. Kemudian diterangkan dengan lebih mendalam mengenai kelalaian yang dilakukan oleh pekerja di tapak bina. Semasa proses pembinaan sedang dijalankan, beberapa masalah yang berkaitan dengan kelalaian pekerja terhadap kerja pembinaan dikenalpasti dan laporan ini disudahi dengan beberapa cadangan yang dirasakan dapat menyelesaikan masalah yang dikenalpasti. Laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci kepada para pembaca mengenai kelalaian pekerja di tapak bina secara praktikal.

Metadata

Item Type: Monograph (Industrial Training)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Fisol, Muhammad Hafiz
2007206298
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Tun Jamil, Siti Jamiah
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Mohamed, Mohamed Rizal
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Husin, Azamuddin
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Management of the construction site. Superintendence of building construction
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma in Building
Keywords: kelalaian pekerja, tapak bina, faktor-faktor
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77147
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 77147.pdf] Text
77147.pdf

Download (33MB)

ID Number

77147

Indexing

Statistic

Statistic details