Abstract
Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai kelalaian pekerja yang berlaku di tapak bina semasa melakukan kerja. la dihasilkan berpandukan kepada pengalaman selama enam bulan ditempatkan di tapak projek pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan latar belakang syarikat. ARASH CIPTA SDN. BHD. (ACSB) berdaftar dengan Pusat Perkhidmatan Kontraktor (PKK) dalam kelas C dan bertaraf Bumiputera. Hasil pemerhatian mendapati banyak faktor yang menyebabkan berlaku kelalaian sehingga memberi kesan kepada industri pembinaan yang jelas. Di dalam laporan ini diterangkan secara ringkas mengenai kajian teoritikal yang meliputi faktor-faktor dan kesan-kesan kelalaian pekerja di tapak bina. Kemudian diterangkan dengan lebih mendalam mengenai kelalaian yang dilakukan oleh pekerja di tapak bina. Semasa proses pembinaan sedang dijalankan, beberapa masalah yang berkaitan dengan kelalaian pekerja terhadap kerja pembinaan dikenalpasti dan laporan ini disudahi dengan beberapa cadangan yang dirasakan dapat menyelesaikan masalah yang dikenalpasti. Laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci kepada para pembaca mengenai kelalaian pekerja di tapak bina secara praktikal.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Fisol, Muhammad Hafiz 2007206298 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Tun Jamil, Siti Jamiah UNSPECIFIED Thesis advisor Mohamed, Mohamed Rizal UNSPECIFIED Thesis advisor Husin, Azamuddin UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Management of the construction site. Superintendence of building construction |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | kelalaian pekerja, tapak bina, faktor-faktor |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77147 |