Abstract
Salah satu masalah yang paling umum berlaku dalam projek pembinaan bangunan adalah kelewatan. Kelewatan projek pembinaan boleh diertikan dengan lewat siap kerja dan menyerahkan projek pembinaan tersebut kepada pemilik sebagaimana tarikh dan jadual perancangan yang ditetapkan di dalam dokumen kontrak. Kelewatan projek boleh disebabkan oleh beberapa faktor antaranya adalah kontraktor, cuaca dan sebagainya. Laporan ini secara ringkasnya dibuat bagi mengupas dengan terperinci punca dan kesan kelewatan penyiapan projek pembinaan Kompleks Islam Jajahan Machang, Machang, Kelantan. lanya juga menerangkan secara ringkas prosedur-prosedur bagi kontraktor untuk memohon lanjutan masa daripada pihak berkuasa. Ianya dihasilkan melalui pengalaman selama enam bulan berada di tapak projek pembinaan tersebut sebagai pelajar praktikal. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian antaranya pendahuluan, latar belakang syarikat, teoritikal, laporan praktikal, cadangan serta langkah mengatasi dan kesimpulan. Sepanjang berada ditapak projek pembinaan, pelbagai cara untuk mengenal pasti punca utama yang menyebabkan projek pembinaan lewat siap antaranya melalui pemerhatian dan soal jawab dengan pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Nik Ramli, Nik Affifi 2007256942 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Ramli, Mohd Haiqal UNSPECIFIED Thesis advisor Mohamed, Mohamed Rizal UNSPECIFIED Thesis advisor Husin, Azamuddin UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Contractors |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | kelewatan dan lanjutan masa, projek pembinaan bangunan, dokumen kontrak |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77142 |