Abstract
Kotak acuan merupakan asas utama dalam pembentukan sesebuah bahagian bangunan. Pemilihan kotak acuan yang sesuai amat penting dalam pembinaan bagi memastikan jangka masa kerja mengikut jadual yang ditetapkan dan menjaga kualiti bangunan. Kegagalan pada acuan juga mengakibatkan sesebuah kerja pembinaan tergendala. Pelbagai jenis kotak acuan konkrit yang digunakan dalam industri pembinaan di Malaysia, diantara acuan yang digunakan ialah kotak acuan kayu, besi dan juga plastik. Setiap kotak acuan tersebut mempunyai kelebihan dan kegunaan tersendiri. Bagi memastikan sesebuah pembinaan berjalan lancar dan menjadi mudah kotak acuan Doka direka bagi menjimatkan masa pemasangan acuan ditapak. Selain itu, kotak acuan Doka juga mempunyai ketahanan beban yang tinggi dan tahan lebih lama. Kotak acuan Doka lebih cepat dipasang berbanding dengan kotak acuan yang lain. Dengan pengunaan kotak acuan Doka kerja-kerja pembinaan bagi sesuatu aras hanya mengambil masa kurang dari 2 hari. Di Malaysia kotak acuan Doka masih baru diperkenalkan dalam industri pembinaan, pengunaan acuan Doka hanya dilihat digunakan dalam pembinaan bangunan tinggi. Disebabkan acuan Doka masih baru, tenaga mahir bagi mengendali pemasangan acuan tersebut kurang dan tidak mencukupi.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ismail, Muhammad Razif 2008249646 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Wan Mohammad, Wan Nur Syazwani UNSPECIFIED Thesis advisor Ramli, Mohd Haiqal UNSPECIFIED Thesis advisor Tun Jamil, Siti Jamiah UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Management of the construction site. Superintendence of building construction |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | kotak acuan doka, bangunan, jangka masa kerja |
Date: | 2010 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/77135 |