Pembinaan lantai bawah (non-suspended ground slab) / Muhammad Amirul Shafiq Amran

Amran, Muhammad Amirul Shafiq (2012) Pembinaan lantai bawah (non-suspended ground slab) / Muhammad Amirul Shafiq Amran. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai segala kaedah dan perancangan, peralatan dan bahan binaan yang terlibat dalam pembinaan lantai bawah (non­suspended). la dihasilkan berdasarkan pengalaman selama lima bulan ditempatkan di tapak projek pembinaan sebuah bangunan pangsapuri. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan latar belakang syarikat dan juga latar belakang projek pembinaan. Hasil daripada pemerhatian mendapati kaedah pembinaan lantai bawah bagi bangunan pangsapuri ini adalah agak tidak rumit. Dalam kerja-kerja pembinaan lantai bawah ini melibatkan enam kaedah pembinaan dari awal kerja sehingga ke kerja akhir. Enam kaedah pembinaan tersebut ialah membersihkan permukaan tanah (subsoil}, meratakan dan memadatkan lapisan pasir tambun, meratakan dan memadatkan lapisan batu kelikir, memasang lapisan kalis lembap (PVC SHEEl), meletakkan batu penjarak (specer block), dan kaedah yang terakhir ialah menguji dan meratakan konkrit di atas permukaan lantai. Selain itu juga terdapat beberapa pihak yang terlibat dalam pembinaan lantai bawah ini seperti jurutera, penyelia tapak dan pekerja mahir. Laporan ini dilaksanakan dengan menggunakan beberapa kaedah kajian seperti kaedah pemerhatian, temuramah, media elektronik dan bahan rujukan. Di dalam laporan ini juga. diterangkan secara ringkas tentang peralatan dan jentera yang digunakan dalam pembinaan tersebut.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 77114.pdf]
Text
77114.pdf
Download (22MB)
Indexing & Metrics