Bahan, mesin dan peralatan di tapak / Nabilah Sarip

Sarip, Nabilah (2012) Bahan, mesin dan peralatan di tapak / Nabilah Sarip. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)
Abstract

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai segala proses dan kaedah yang terlibat dalam pengurusan mesin dan bahan ditapak binaan. la dihasilkan berpandukan kepada pengalaman selama lima bulan ditempatkan di tapak projek pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan latar belakang syarikat dan latar belakang projek pembinaan. Hasil pemerhatian mendapati pengurusan mesin dan bahan di tapak binaan tidak semudah yang disangkakan. la memerlukan perancangan terlebih dahulu sebelum keputusan penyusunan dan penyimpanan bahan dan mesin dilakukan. Didalam report ini diterangkan secara teliti tentang peringkat-peringkat yang perlu dilihat sebelum mesin dan bahan ditempatkan di tapak, pengabaian peringkat-peringkat ini menyebabkan kontraktor menanggung kos yang berganda. Sewaktu kerja-kerja menentukan kedudukan mesin dan bahan pelbagai masalah yang dijangka dan tidak dijangkakan akan disenaraikan untuk mendapati jalan penyelesiaan yg terbaik selain dapat menjimatkan kos yang perlu ditanggung oleh kontraktor. Selain itu, diterangkan juga beberapa kepentingannya menguruskan mesin dan bahan di tapak projek, malahan dipenghujung report ada menerangkan dan kaedah yang dinyatakan, yang boleh digunapakai di dalam pengurusan mesin dan bahan di tapak projek. Kesimpulannya, laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai pengurusan bahan dan mesin di tapak projek secara praktikal kepada para pembaca.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 76949.pdf]
Text
76949.pdf
Download (22MB)
Indexing & Metrics