Abstract
Tender terbuka adalah salah satu jenis tender yang dikemukakan oleh klien kepada kontraktor yang berkelayakan. Biasanya tender ini diiklankan kepada orang awam di dalam akhbar. Laporan ini menerangkan beberapa prosedur yang terlibat dalam proses perolehan sesebuah tender. Antara objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui beberapa peringkat, tatacara dan prosedur yang berkenaan dengan proses tender dan mengenal pasti jenis kontraktor yang layak sebelum memperolehi sesuatu tender. Laporan ini menerangkan beberapa proses perolehan tender bagi "Cadangan Projek Pembinaan Kompleks Akademik (Fasa 1) Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) Kampus KUSZA, Kuala Terengganu, Terengganu". Antara beberapa proses yang terlibat ialah pengiklanan tawaran, lawatan tapak oleh petender, pembelian tender, deposit tender/ tempoh sah tender, pengisian dokumen tender, penyerahan dokumen tender yang telah lengkap, pemilihan petender yang berkelayakan, penyerahan surat niat dan surat setujuterima dan kontrak. Proses penilaian petender yang layak akan dilakukan oleh klien berdasarkan beberapa syarat yang telah dinyatakan dalam dokumen tender.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ali, Maizatul Aslina 2007206464 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Abdullah Halim, Anas Zafirol UNSPECIFIED Thesis advisor Mohamed, Mohamed Rizal UNSPECIFIED Thesis advisor Husin, Azamuddin UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Contractors |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | proses perolehan tender, kontraktor, dokumen tender |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76943 |