Abstract
Bumbung merupakan bahagian bumbung berfungsi untuk melindungi bangunan. Bumbung terdapat dalam bentuk bumbung curam dan bumbung rata dan mengandungi struktur bumbung dan kemasan tersendiri. Bagi pembinaan bumbung, penggunaan struktur kayu merupakan kaedah konvensional yang selalu digunakan. Sebagai langkah bagi pengurangan penggunaan kayu, kekuda bumbung jenis keluli ringan telah diperkenalkan di dalam bidang pembinaan sejak tahun 2000. Bagi kemasannya, ia masih menggunakan tanah liat, konkrit, logam dan banyak lagi tetapi bagi kaedah pemasangannya adalah berbeza mengikut jenis dan bentuk. Laporan ini disediakan bagi mengfokus kaedah pembinaan kekuda bumbung, komponen-komponen dan masalah-masalah yang terhasil semasa proses pemasangan. Keputusan akhir yang diperolehi menunjukkan masalah-masalah yang timbul berkaitan dengan keselamatan, bahan-bahan pembinaan dan pembaziran bahan binaan. Dengan adanya laporan ini, diharap kandungan-kandungan yang terdapat didalamnya dapat memberi pengetahuan mengenai kekuda bumbung keluli ringan dan kemasannya iaitu dek logam.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Osman, Haziq 2007206456 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Wan Ali, Wan Nordiana UNSPECIFIED Thesis advisor Mohamed, Mohamed Rizal UNSPECIFIED Thesis advisor Husin, Azamuddin UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Roofing |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | kaedah pemasangan, bumbung jenis keluli ringan, komponen-komponen |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76942 |