Abstract
Laporan ini secara ringkasnya menerangkan dan menghuraikan mengenai kaedah yang terlibat dalam pembinaan tapak dan dinding tangki air jenis 'mushroom'. Hal ini adalah hasil daripada pengalaman penulis selama enam bulan di tapak projek pembinaan. Pembinaan tapak dan dinding tangki air ini bukanlah satu pembinaan yang mudah. Jika tidak dilaksanakan oleh pekerja yang mahir pasti akan mengundang masalah dan pasti pembinaan tersebut terbengkalai. Lapoaran ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan penerangan tentang pemilihan tajuk kajian. Hal itu menerangkan objektif, skop dan kaedah kajian yang dilaksanakan. Kemudian diikuti dengan penerangan tentang latar belakang syarikat yang menceritakan serba sedikit hal berkaitan syarikat. Selain itu, laporan ini akan menerangkan kajian teoritikal serta kajian kes yang berkaitan dengan tajuk kajian iaitu pada bab 3. Selepas itu, barulah diterangkan kaedah pembinaan tapak dan dinding tangki.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Yeop Ismail, Zulkifli 2006121097 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Tun Jamil, Siti Jamiah UNSPECIFIED Thesis advisor Mohamed, Mohamed Rizal UNSPECIFIED Thesis advisor Husin, Azamuddin UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Details in building design and construction.Including walls, roofs |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | kaedah pembinaan, tapak dan dinding, tangki air |
Date: | 2009 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76851 |