Kerja-kerja tanah (cut and fill) / Mohamad Rizwan Bakar

Bakar, Mohamad Rizwan (2008) Kerja-kerja tanah (cut and fill) / Mohamad Rizwan Bakar. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)

Abstract

Laporan ini menerangkan secara ringkas mengenai kaedah, cara kerja dan jentera-­jentera yang digunakan. Tempoh selama 6 bulan diberikan kepada siswa dalam diploma bangunan untuk menjalani latihan praktikal. Laporan ini menceritakan mengenai syarikat latar belakang syarikat iaitu Kedah Sato Sdn. Bhd. Syarikat ini banyak menjalankan kerja-kerja pembinaan seperti rumah taman, lapangan terbang, jalan, dan yang terbaru ialah lnstitut Kemahiran Belia Negara (IKBN). Pembinaan IKBN masih dalam peringkat awal ketika kemasukan saya iaitu melibatkan kerja-kerja tanah. Jadi tajuk yang dipilih ialah Kerja-kerja Tanah. Dalam laporan ini diterangkan secara ringkas mengenai teori yang melibatkan beberapa perkara penting. Selepas itu, penerangan mengenai praktikal, perkara yang dilakukan di tapak seperti kerja penambunan tanah, pemadatan tanah sehingga ke akhir. Kerja-kerja tanah melibatkan beberapa peringkat iaitu kerja-kerja pemotongan kawasan berbukit. Tanah yang dikorek akan dibuang dikawasan yang rendah dengan menggunakan lori. Tanah yang dibuang akan diratakan oleh 'Backpusher' sebelum dipadatkan oleh 'Roller Compactor'. Pemadatan perlu dilakukan secara berperingkat iaitu setiap 300mm-600mm pemadatan harus dilakukan. lni bertujuan memastikan tanah yang dipadatkan betul-betul mampat. Semasa menjalankan kerja-­kerja tanah beberapa masalah timbul dan tidak dapat dielakkan. Antara masalah yang timbul ialah hujan, jalan kotor akibat tanah yang melekat pada tayar lori yang keluar, jalan berdebu dan jenis tanah kerana terdapat kawasan yang berbatu keras. Akan tetapi segala masalah yang dihadapi dapat diatasi secara profesional untuk memastikan kerja-kerja dapat diteruskan. Secara amnya laporan ini diharapkan dapat memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai kerja tanah kepada semua pembaca.

Metadata

Item Type: Monograph (Industrial Training)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Bakar, Mohamad Rizwan
2006438678
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Meor Gheda, Mariatul Liza
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Othman, Mohamad Hamdan
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Husin, Azamuddin
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Buildings: Construction with reference to use.Including public buildings, dwellings
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma in Building
Keywords: kerja-kerja tanah, cut and fill, tapak pembinaan
Date: 2008
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76850
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 76850.pdf] Text
76850.pdf

Download (29MB)

ID Number

76850

Indexing

Statistic

Statistic details