Abstract
Terdapat pelbagai jenis kerosakan yang didapati boleh berlaku pada struktur konkrit bertetulang yang dibina berhampiran dengan kawasan laut. Laporan ini dijalankan untuk mengkaji terhadap jenis-jenis kerosakan yang timbul terhadap struktur yang terdedah pada air laut, angin laut, ombak laut, dan pelbagai lagi faktor yang boleh mempengaruhi struktur konkrit bertetulang. Lawatan ke 5 buah lokasi telah dilakukan dan kawasan ini adalah berhampiran dengan tapak projek. Terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan berlakunya kerosakan terhadap struktur konkrit bertetulang, di antaranya ialah seperti kesilapan oleh manusia sendiri, faktor alam semulajadi, barang binaan dan tindakan kimia. Kualiti pembioaan yang rendah boleh memudahkan struktur terdedah dengan persekitaran Iaut. Struktur yang mengenai air laut secara tidak langsung akan terdedah pada keadaan pasang surut dan tindakan ombak. Tindak balas kimia mudah berlaku di kawasan persekitaran laut dan akan melemahkan kekuatan konkrit. Masalah retakan dan serpihan akan mendedahkan tetulang dan menyebabkan pengaratan dan seterusnya struktur akan kehilangan kekuatan. Kualiti konkrit merupakan salah satu faktor penting bagi menjamin ketahanlasakan struktur konkrit bertetulang, dan lapisan penutup konkrit yang mencukupi mengurangkan ketelapan konkrit.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Ali, Nurhafizah 2006439681 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Ahmad, Suryani UNSPECIFIED Thesis advisor Othman, Mohamad Hamdan UNSPECIFIED Thesis advisor Husin, Azamuddin UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Buildings: Construction with reference to use.Including public buildings, dwellings |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | kesan pembinaan, struktur konkrit bertetulang, kawasan laut |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76740 |