Abstract
Di dalam insdustri pembinaan pada masa kini, kualiti kerja semakin dilupakan oleh pihak kontraktor kerana mereka lebih mementingkan tempoh masa untuk suatu projek disiapkan. Terdapat pelbagai cara yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan supaya projek-projek pada masa kini lebih mementingkan kualiti seperti MS ISO 9001 :2000 tetapi masih tidak dapat memperbaikkan lagi kualiti kerja kini. Walaupun di negara kita sedang mengalami masalah ini, negara jiran kita iaitu Singapura telah menjumpai suatu jalan penyelesaian untuk menjaga kualiti kerja di dalam industri permbinaan iaitu dengan menggunakan sistem penilaian kualiti yang dipanggil CONQUAS 21. Skop sisitem penilaian kualiti ini adalah pada kerja sturktur, kerja senibina dan kerja mekanikal dan elektrikal (M&E). Di dalam kerja sturktur, terdapat pelbagai jenis yang digunakan seperti kerangka besi dan kerangka konkrit. Masing-masing mempunyai cara yang berbeza untuk di titik berat didalam sistem penilaian kualiti ini. Bagi kerja senibina pula, ia lebih tertumpu kepada kemasan didalam suatu bangunan seperti kemasan lantai, dinding dan siling. Bagi kerja M&E pula, ia adalah merangkumi sistem perpaipan sanitarl, pendawaian elektrikal dan juga perpaipan air. Didalam sistem CONQUAS 21 ini, kualiti kerja diperiksa dan dinilai berdasarkan cara-cara yang ditetapkan untuk mendapatkan markah kualiti kerja ini. Markah inilah yang· menentukankan suatu bangunan itu telah mencapai kualiti yang memuaskan dan semakin tinggi markah itu, semakin mantap dan baik kualiti yang dihasilkan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Industrial Training) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Rahim, Ahmad Ikhwan 2006438653 |
Contributors: | Contribution Name Email / ID Num. Thesis advisor Wan Zaharuddin, Wan Akmal Zahri UNSPECIFIED Thesis advisor Othman, Mohamad Hamdan UNSPECIFIED Thesis advisor Husin, Azamuddin UNSPECIFIED |
Subjects: | T Technology > TH Building construction > Management of the construction site. Superintendence of building construction |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying |
Programme: | Diploma in Building |
Keywords: | CONQUAS 21, sistem penilaian kualiti |
Date: | 2008 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76739 |