Pengaruh alam sekitar dan pengurusannya ditapak bina / Ahmad Sharil Hafiza Che Yaacob

Che Yaacob, Ahmad Sharil Hafiza (2009) Pengaruh alam sekitar dan pengurusannya ditapak bina / Ahmad Sharil Hafiza Che Yaacob. Industrial Training. Universiti Teknologi MARA, Perak. (Submitted)

Abstract

Laporan ini secara ringkasnya menerangkan mengenai segala masalah yang dihadapi dalam pembinaan bangunan. la dihasilkan berpandukan kepada pengalaman yang telah dilalui selama enam bulan ditempatkan di tapak projek pembinaan. Laporan ini terbahagi kepada beberapa bahagian dan dimulakan dengan tajuk laporan dan diikuti dengan latarbelakang syarikat dan latar belakang projek pembinaan. Projek pembinaan sekolah yang bertempat di Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan ini dilaksanakan oleh Prohass Jaya (M) Sdn Bhd sebagai kontraktor utama. Syarikat ini seratus peratus berstatus bumiputera. Projek ini merangkumi kerja-kerja pembinaan 24 bilik darjah dan kemudahan yang berkaitan di Daerah Kota Bharu. Hasil pemerhatian didapati proses pembinaan tidaklah begitu mudah kerana banyak masalah daripada kesan alam sekitar dan cara pengurusannya ke atas projek ini. Di dalam laporan ini diterangkan secara ringkas mengenai kajian teoritikal yang meliputi faktor-faktor alam sekitar, kesan dan pengurusannya. Kemudian diterangkan dengan lebih mendalam mengenai pengaruh alam sekitar dan masalah dalam menguruskannya di tapak bina. Semasa proses pembinaan sedang dijalankan, beberapa masalah berkaitan alam sekitar dan masalah untuk menguruskannya dikenalpasti dan laporan ini disudahi dengan cadangan yang dirasakan dapat menyelesaikan masalah yang dikenalpasti. Sebagai kesimpulannya, diharap agar laporan ini dapat menjelaskan dengan lebih terperinci kepada para pembaca mengenai pengaruh alam sekitar dan pengurusan di tapak bina ke atas pembinaan.

Metadata

Item Type: Monograph (Industrial Training)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Che Yaacob, Ahmad Sharil Hafiza
2006121143
Contributors:
Contribution
Name
Email / ID Num.
Thesis advisor
Othman, Mohamad Hamdan
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Mohamed, Mohamed Rizal
UNSPECIFIED
Thesis advisor
Husin, Azamuddin
UNSPECIFIED
Subjects: T Technology > TH Building construction > Management of the construction site. Superintendence of building construction
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Perak > Seri Iskandar Campus > Faculty of Architecture, Planning and Surveying
Programme: Diploma in Building
Keywords: pengaruh alam sekitar, tapak bina, kajian teoritikal
Date: 2009
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/76727
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 76727.pdf] Text
76727.pdf

Download (15MB)

ID Number

76727

Indexing

Statistic

Statistic details